Sunday 18 September 2011

Sedang menggoogle pasal kehamilan kembar, terjumpa blog tentang kandungan kembar yang meninggal disebabkan penyakit Toxoplasmosis.

Toxoplasmosis

Ialah penyakit yang dibawa oleh sejenis parasit yang dibawa oleh kucing yang dijangkiti dari haiwan mangsa dari jenis rodent seperti tikus dan tupai. Kebiasaannya rodent akan “mendapat” Toxoplasma daripada daging mentah. Ia sangat mudah melekat pada bulu kucing dan seterusnya menjangkitinya. Kucing yang telah dijangkiti akan “membawa” parasit ini bersama-samanya sehinggakan di dalam najisnya. Kucing juga mungkin mendapat jangkitan daripada burung yang dimakan, dimana burung pula mendapatnya daripada daun atau rumput yang tercemar dengan Toxoplasma. Berikut ialah kitaran hidup parasit Toxoplasma:



Sumber gambar - http://www.medicalook.com/

Simptom Toxoplasmosis

Demam, keletihan, sakit badan
Ujian mengandung yang didapati positif pada minggu pertama bertukar negatif di minggu berikutnya (Parasit ini memakan janin!!!)
Sering berlaku bleeding di awal kandungan
Sering mengalami keguguran pada usia kandungan antara 1-3 bulan
Jika mengalami simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa gynae dan menjalankan ujian darah. Hasil ujian darah akan mengesahkan samada anda dijangikiti atau tidak. Doktor juga akan memberi nasihat tentang jumlah atau Toxoplasma count di dalam darah anda kerana jika bilangannya tidak banyak ia mungkin tidak akan mengganggu kandungan.

Cara mencegah jangkitan

Jauhi kucing samada peliharaan sendiri atau kepunyaan orang lain
Setelah disahkan positif Toxoplasmosis seeloknya berhentilah dari membela kucing
Bersihkan kesan najis dan kencing kucing di kawasan rumah anda. Bahagian carpet amat mudah memerangkap bulu-bulu kucing jadi ia harus dibersihkan dengan sempurna
Toxoplasmosis boleh diubati dengan mengambil ubat pada sukatan dan dalam tempoh yang dinasihatkan. Berkemungkinan ubat pertama tidak memberi kesan kepada bilangan Toxoplasma dan dalam kes seperti ini, doktor akan prescribe ubat yang lain. Tempoh mengubat berbeza-beza mengikut tahap dan kekuatan antibody seseorang pesakit itu. Ujian darah akan dibuat sekali lagi selepas tempoh pengambilan ubat tamat. Doktor akan menasihatkan samada anda boleh mula bersama untuk mencuba dan berharap kandungan anda selamat sehingga waktu bersalin.

Sumber: Sini

0 comments:

Post a Comment

 

A Journey to be Mama Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting